BINGKISAN BUAT SYRIA

BINGKISAN BUAT SYRIA

 

Sedingin bayu seputih salju,

Redup pandangan mata,

Menyentuh kalbuku,

Derita yang kau rasa sakit tak terhingga,

Dan aku..

Hanya mampu memandang pilu.

 

Tangisanmu duhai Syria,

Bukanlah tangisan ketakutan,

Bukan juga tangisan kelemahan,

Tetapi..

Tangisan mu itu,

Tangisan mengukir kekuatan dan ketabahan.

 

Kau tidak punya kuasa,

Malah tiada harta,

Tapi kau jangan lupa,

Kau punya senjata!

Doa kepada Rabb yang Maha Mulia..

 

Berlumur darah kau tetap gagah,

Biar mati bermaruah,

Takkan sekali kau mengalah,

Takkan pernah kau terngadah.

 

Duhai Syria,

Dari sementah bayi,

Hingga sematang usia,

Kau bangkit menentang si durjana!

Sayu hatiku..

Kerana aku tak mampu berdiri sepertimu.

 

Didada langit ku pandang,

Kulihat awan mendung menutupi mentari,

Ku mencari dimanakah sinar buatku pancar,

Sedikit cahaya untukku titipkan harapan..

Kutuggu malam mencari lagi butiran bintang,

Agar dapat kulihat gemerlapnya cahaya berkerlipan,

Dengan harapan hidupmu Syria,

Bisa seindah cahaya bintang berkerdipan..

 

Ku tahu kau pasti maklum,

Setiap kesulitan pasti ada kesenangan..

Salam cintaku buatmu,

Syria..

Leave a comment