Archives

32- Rasa Hati

 

Sakit hati ku ubati dengan ZIkrullah..agar bisa menyembuhkan luka yang bernanah..

Resah hati ku alun merdu Qalamullah..agar hati tenang dengan ayat-ayat Allah..

Allah..Allah…

Moga ujian yang menimpaku ini bisa menjadi kifarah dosa lampauku padaMU..

Moga ujian ini bisa mematangkan fikiran ku dalam menjalani sisa-sisa kehidupanku..

Moga ujianMU ini bisa menjadikan aku tabah tatkala jatuh rebah tersungkur berdarah..

Allah..Allah..

Takkan kuat diriku tanpaMu..
Takkan mampu berdiri tanpa bantuanMu..
Takkan ku bingkas sedar tanpa Nur HidayahMu..

Allah…Allah..

Bicara hatiku..
Hanya Engkau yang Maha Tahu..

Resah hatiku..
Hanya Engkau yang mampu ubatiku..

Ya Nurul Qalbi..
Bantu daku..

Ya Rahman Ya Rahim..
Hanya Engkau..

Mampu..menguatkan daku…

28- Ummiku Sayang

Resah dihati kukiaskan dengan kata-kata..
Moga bisa merungkai segala semua derita jiwa..
Duhai Ummi ku yang jauh dimata…
Takkan sesekali dirimu ku lupa..
walau jarak dan waktu memisahkan
walau tangan tak dapat digapai
Namun wajahmu suaramu sentiasa ada..
Ummi..
Kuatlah dirimu disana,
Jangan biarkan kata-kata mereka musnahkan mu..
Jangan biarkan mereka memijak maruah mu..
Kerna aku takkan sesekali berdiam diri
Andai dirimu diperlakukan sesuka hati..

Ummi,
Jangan biarkan titis airmatamu mengalir..
Jangan kau lemah kerna aku sentiasa mendoakan mu agar tabah..
Jauhnya aku bukan meninggalkanmu,
Perginya aku dengan harapan yang jitu,
Agar kepulanganku nanti membanggakanmu..

Ummi,
Doakan anakmu disini..
Agar terus bertahan menanti tibanya saat itu..
Biarkan mereka dengan cara mereka..
Jangan pernah peduli apa yang dikata..
Asalkan kita bahagia bersama keluarga..
Pintaku Tuhan,
Kau lindungilah ummiku..
Jaga dia setiap masa..
Kuatkan hatinya..
Kerna aku sayang padanya..
Menarikan rentak hati buat Ummi,Najihah..

13-Kitab Oo Kitab

Baru-baru ni jalan3 dengan housemate ke Amman, (bandar Jordan) bersama-sama saya Kak Fiza,Kak Tyah, n Kak Azi, tidak lupa juga kepada Murokib kami Ustaz Anas al- Mujahid.. 🙂 (tengs ya)

Sakan juga la..huhu pada mulanya EMJ @ Education Malaysian Jordan menjadi destinasi utama untuk membuat surat pengesahan pengajian luar negara dan beberapa urusan rasmi yang lain.

Makanya ‘jalan3’ tadi tu tidak la berapa tepat..hehehe..selesai sahaja urusan kami membawa langkah ke Balad @ Town.

1-Mengisi perut yang dah berlagu bergendang syahdu kerana kelaparan di Cairo Restaurant (hah xyah g Mesir maa..hihi).
2-Solat Jamak Taqdim kat Jamek Husin.
3- Errr nak tulis ke.. >> Shopping n Window Shopping = no money.. (hehehe)
4- Beli kitab kat Maktabah Zandis (agak murah disini)

The point is..highlightkan yang no.3 “shopping” ..

Destinasi terakhir beli kitab, masa tu terfikir..Jubah harga 10JD boleh je nak beli sampai 5 helai (contohla..) tapi kenapa kitab bila tanya harga kitab dan kitab tu bernilai 7JD keatas kita berat hati nak beli..??

Err..ting tong..toing3..(-_-”

Muhasabah..Muhasabah..Persoalan yang diri sendiri kena jawab.

Jangan lokek untuk membeli ‘ilmu’ kerana ilmu itu yang menjadi bekal kita disana..

Opss….bukan menyindir..ini peringatan bersama buat diri yang sentiasa alpa..

p/s : So , lepas ni kalau nak beli jubah pastikan bawah harga kitab..hehehe Just kidding~..

12-Im Back

Blogwalking~

Lama tak update blog sendiri~

Jalan-jalan jumpa ayat best..

Just for u my future husband~

You don’t have to drive any BMW or Mercedez or Skyline to be gorgeous.Be an imam in prayers.That’s how I define gorgeous.You don’t have to have nice voice and hush me with lovely songs to woo me.Recite the Kalamullah, Al Quranul kareem.That’s how i would melt.You don’t have to be rich for me to love you.Please have a kind heart.That’s more than enough for me and my parents too.Nobody’s perfect. You are nobody.So you are more than perfect for me 🙂

So my future husband..ill waiting for u..only you..

p/s : Mode jiwanG~ Grrr..