Archives

28- Ummiku Sayang

Resah dihati kukiaskan dengan kata-kata..
Moga bisa merungkai segala semua derita jiwa..
Duhai Ummi ku yang jauh dimata…
Takkan sesekali dirimu ku lupa..
walau jarak dan waktu memisahkan
walau tangan tak dapat digapai
Namun wajahmu suaramu sentiasa ada..
Ummi..
Kuatlah dirimu disana,
Jangan biarkan kata-kata mereka musnahkan mu..
Jangan biarkan mereka memijak maruah mu..
Kerna aku takkan sesekali berdiam diri
Andai dirimu diperlakukan sesuka hati..

Ummi,
Jangan biarkan titis airmatamu mengalir..
Jangan kau lemah kerna aku sentiasa mendoakan mu agar tabah..
Jauhnya aku bukan meninggalkanmu,
Perginya aku dengan harapan yang jitu,
Agar kepulanganku nanti membanggakanmu..

Ummi,
Doakan anakmu disini..
Agar terus bertahan menanti tibanya saat itu..
Biarkan mereka dengan cara mereka..
Jangan pernah peduli apa yang dikata..
Asalkan kita bahagia bersama keluarga..
Pintaku Tuhan,
Kau lindungilah ummiku..
Jaga dia setiap masa..
Kuatkan hatinya..
Kerna aku sayang padanya..
Menarikan rentak hati buat Ummi,Najihah..

Advertisements