33- Kesilapan kerap Muslim di Bulan Ramadhan

Alhamdulillah..esok tibalah Ramadhan yang dinanti..actually maghrib ni kira Ramadhan dah..malam ni akan solat tarawih..semoga Ramadhan kali ini penuh makna..Insyaallah..Jangan Sia-siakan Ramadhan..kelak ini yang terakhir..

So..nk kongsi kesilapan yang kerap kita sbgai org islam ni buat..harap3 boleh cegah dari berlaku.. =)

KESILAPAN KERAP MUSLIM DI RAMADHAN (oleh ust. Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman )

Ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurangan

perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-

1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja

(bukan kerana uzur yang diterima Islam).

Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti

mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang

untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang

membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh As-Siyam,

Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain

kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam

sebuah hadith, Ertinya : “Sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal

puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu” (Riwayat

Al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam.

Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini

terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh

Nabi S.A.W. malah bercanggah dengan sunnah baginda. “Sahur” itu sendiri

dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama

pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma’bud, 6/469).

Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai

objektif yang diletakkan oleh Nabi S.A.W. (Fath al-Bari, 4/138)

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain.

Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya

adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat

malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : “dan ketika

waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar”

(Az-Zariyyat : 18)

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih.

Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat

witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan

hadith ertinya “Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang

terakhir dalam satu malam”. (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak

salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang

itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan

solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya

di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa.

Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah

puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada

keIslaman seseorang. Justeru, ‘ponteng’ solat dengan sengaja akan

menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi ‘kurus kering’ pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih.

Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa.

Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu

berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang

disebutkan oleh Nabi S.A.W. bagi orang yang mendirikannya secara

berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah.

Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat

utama seseorang itu (samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah

untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran

redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith

riwayat al-Bukhari. Maka, Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan

niat”. (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa.

Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan

lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti

mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat.

Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut

berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami’

as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai ‘lampu merah’ bagi sahur.

Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah ‘lampu amaran oren’ yang di cadangkan

oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir

tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran

sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah

masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu. Waktu yang

disepakati ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk

fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, DrMd’Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat.

Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid,

malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan

dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat

mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat

lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka.

Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam.

Nabi S.A.W. telah menyebut :- Ertinya : “Tiga golongan

yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa

sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” ( Riwayat At-Tirmizi,

3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih) Selain itu, doa

menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

Ertinya : “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau

hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak” ( Riwayat Ibn Majah, no

1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s